Friday 25 April 2014

Herba Echinacea


Echinacea, sejenis herba yang terkandung dalam Codi AOX merupakan unsur yang baik membantu kita meningkatkan keimunan badan, terutamanya jika anda mudah demam dan sering diserang oleh jangkitan virus atau bakteria.

Echinacea dapat mempertingkatkan kuantiti dan aktiviti sel dalam sistem keimunan termasuk sel anti-tumor, menggalakkan pengaktifan sel –T, merangsang pertumbuhan tisu baru demi pemulihan luka dan mengurangkan inflamasi arthritis dan kulit. Kesan yang paling umum daripada echinacea adalah merangsang fagositosis, iaitu tindakan menelan patogen oleh sel darah putih dan limfosit. Ekstrak echinacea lagi dapat meningkatkan fagositosis sebanyak 20% hingga 40%.

Kajian pada awal tahun 1950an menunjukkan echinacea sebenarnya dapat menghalang perembesan enzim hyaluronidase oleh bakteria, ini dapat mencegah jangkitan semasa digunakan untuk merawat luka.

Echinacea juga merupakan herba semula jadi untuk merawat radang gigi dan mengurangkan sakit gigi. Cuba Codi AOX, anda akan tahu kebaikannya serta-merta

0 comments: